Kami sampai dalam pukul 12 tengah malam. Ramai orang yang tengah membeli barangan makanan basah dan kering kat sini.
Sungguh meriah.
Macam bukan tengah malam plak. Macam baru nak isyak. He he
Ayam halal tak? Ha'ahhh.. siap boleh nampak tayangan free kat belakang penjual ayam yang tengah menyembelih ayam. Hampir tak jadi nak beli sebab rasa kesian. Terdengar ayam itu ketika disembelih memang rasa pilu lak.
Cara mengatasi.
Fikirkanlah...... bahawa inilah fitrah ayam iaitu untuk dimakan oleh manusia.
Fitrah manusia apa??? beragama tauhid. Bukti.. sila rujuk ayat 30 surah Ar-Ruum kat bawah. =)
Aku dengan roomate beli satu ekor ayam je.
Nampak gayanya, harga ayam dah naik ler. Dulu RM6.50. Sekarang dah RM7.00 sekilo.
Kami dikenakan caj RM18 seekor.
Destinasi seterusnya ialah kedai runcit seperti di atas. Sesak dengan orang oooooo... sebab harga barangan makanan sini memang murah siot la. Carrefour dan Tesco memang takleh nak tandingi.
Nama kedai? Pemborong dan Peruncit Barangan Makanan Sejahtera Baru, Akan kami kerap ke sini untuk beli barangan dapur.
Budaya housemate aku neh pelik sikit.
Orang lain sibuk nak cari tempat berbuka yang best-best kat luar ataupun pergi Bazar Ramadhan yang berlambak di luar sana. Kami plak baru nak rajin masak sendiri. Wakakakaka.. Jimat lagi konon. Lagipun mungkin antara sebab utamanya..........
kawan-kawan aku yang kerja Swasta, ramai yang dapat balik awal dari opis tika bulan puasa. Pergi kerja pukul 9 pagi.. balik pukul 4:30 petang.
Tak ke heaven tuuuu? Kalah orang gomen.
Bekalan yang kami beli cukup untuk seminggu je. Kos dalam RM35 (ayam, sayur, bawang dll) ja untuk 4 orang makan selama seminggu. Jimat bukan? Hehehe.. minggu depan beli lagi.
OK... ku nak tidur jap sebelum bangun sahur. Dah pukul 2:17 pagi neh.. Nite!