Friday, January 27, 2012

Perkahwinan Bajau 3 - Pernikahan

Pernikahan biasanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan tok kadinya adalah wakil daripada pihak lelaki. Dalam majlis kami, tok kadinya ialah abang ayah aku yang paling tua. =)

Sebelum berangkat, berdoa semoga selamat dan berjalan lancar. (padahal tengah gemuruh tu. hehe)

Keadaan di dalam rumah pengantin perempuan.

Sedang menanti tok kadi dan saksi-saksinya mengambil tempat. 

"Aku nikahkah engkau dengan......." tok kadi.

Dalam adat bajau, ketika pengantin lelaki hendak melafaz, kesemua orang termasuk tok kadi dan pengantin harus berdiri untuk lafaz nikah itu. Selepas lafaz nikah baru leh jumpa pengantin perempuan dalam bilik.. untuk acara batalkan air wudhuk... ehemmm..

Acaranya ialah waktu pagi nikah.... petang bersanding... NEXT POST plak ye. =)

.

Monday, January 23, 2012

Perkahwinan Bajau 2 : Malam Bertitik dan Berinai

Setelah seharian bergotong-royong untuk menyiapkan juadah kenduri, malamnya pula diadakan acara mandi bunga, berinai dan bertitik.

 Acara bertitik ialah acara memainkan peralatan tradisional oleh golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik untuk menghiburkan para tetamu yang datang. Kekadang dimainkan sampai keesokan paginya bagi memberitahu satu kampung esoknya ada majlis perkahwinan.

Adik-adik, saudara-mara dan sepupu-pipit dikenakan pakaian tradisional bajau untuk malam bertitik dan berinai

Diadakan di rumah masing-masing, setiap pengantin diringi doa dan zikir,

Pengantin akan dikenakan pakaian tradisional jugak, ditemani sepupu-pipit.

Sambil itu, golongan tua bertitik. Jugak ada paluan kompang oleh anak-anak yatim.

Sepupu-pipit keseronokan dapat berpakaian Bajau. Hehehehe.

Acara berinai diiringi zikir dan doa (lihat pada latar belakang. Ramai pakcik-pakcik berdiri sambil berzikir).

Pengantin perempuan pula berada di rumahnya untuk melakukan acara yang sama. Dilakukan secara berasingan.

Pengantin lelaki yang kacak sehh. Kah kah kah. 
.

Sunday, January 22, 2012

Perkahwinan Bajau 1: Persiapan

Makcik aku sebelah ayah telah banyak membantu dari segi perhiasan ala Bajau.

Kami mengamalkan gotong-royong untuk masakan kenduri.

Memang riuh-rendah dengan celoteh makcik-makcik neh. hehe.

Ini hasil tangan makcik aku tadi... 

Simpang ke kanan itulah rumah aku. =)

Saturday, January 21, 2012

Pertama kali diupah sebagai jurugambar

Tanpa bayaran, of course. Kekekekeke. Tahun lepas aku berpeluang untuk menguji bakat dengan menjadi jurugambar majlis perkahwinan adik lelaki aku. Dan album kahwin dia telahpun berjaya disiapkan sepenuhnya dalam minggu lepas. Hasilnya agak memberangsangkan... bagi aku yang tak pakar neh. hehehe.. Tak sabar rasanya nak tunjuk kat keluarga nanti...

My brother, on the way to be solemnized.

And don't forget the lovely bride.


Semasa bersanding.

Ya... style aku ialah tangkap ketika mereka tak perasan. Kebanyakannya main candid je.

Ada tiga jenis kamera yang digunakan sepanjang majlis perkahwinan beliau, iaitu:
  • Canon 500D (aku dan adik, bergilir-gilir)
  • Lumis DMC S1 (aku dan adik, juga bergilir-gilir)
  • DSC - W530 (kamera biasa yang digunakan oleh pihak perempuan)
Harga upah. - TIADA.

Cuma perlu bayar untuk proses mencuci gambar dan album gambar je. - RM300 (harga kawan. haha)

Kan jimat camtuh? ekekeke...

Ibu aku tak benarkan mengepost gambar-gambar keluarga di blog. Hanya gambar-gambar tertentu je boleh. Jadi sepanjang cuti CNY ini, aku merancang nak buat entri2 ala 'picture storybook' tentang majlis perkahwinan yang mengikut kebudayaan BAJAU/KADAZAN. 

Dengan itu, harapnya para pembaca boleh mengetahui bagaimana cara perkahwinan orang Sabah dilaksanakan. hehehe..

Ok, nak sambung buat entri... thank you for reading!
.